Sejarah Sekolah
- Home
- Sejarah Sekolah

1965
SESI PERSEKOLAHAN BERMULA
Memulakan sesi pertama persekolahan dengan menumpang di bangunan Sekolah Menengah Hamzah Machang. Kumpulan pelajar pertama seramai 136 orang dan ditempatkan di dalam empat buah tingkatan satu..

1966
PINDAH KE TAPAK BARU
SMK Machang telah berpindah ke tapak yang ada sekarang. Ia mempunyai keluasan tapak 10 ekar dan terletak di Batu 25, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai.

1967
PEMBUKAAN RASMI
SMK Machang telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Encik Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia. Mempunyai dua blok bangunan yang terdiri daripada lapan bilik darjah, dua makmal Sains Rumah Tangga dan dua bilik Seni Perusahaan.

1970
BANGUNAN TAMBAHAN
Mendapat satu blok bangunan tambahan yang terdiri daripada sepuluh bilik darjah, satu pejabat, satu bilik guru, satu perpustakaan dan dua makmal sains.

1972
NAIKTARAF dari SMRK MACHANG kepada SMK MACHANG
Dinaik taraf dari Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Machang kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Machang apabila Tingkatan 4 mula dibuka. Kelas Tingkatan 4 terdiri daripada tiga kelas aliran sastera dengan pelajarnya seramai 96 orang.

1976
BANGUNAN TAMBAHAN
Mendapat satu blok bangunan baru yang mengandungi sebelas bilik darjah, satu makmal sains dan satu bilik Seni Lukis.

1979
TINGKATN 4 SAINS diperkenalkan
Tingkatan empat aliran sains diperkenalkan di sekolah ini dengan bilangan pelajar pertama seramai 48 orang.

1993
TINGKATAN ENAM RENDAH diperkenalkan
Mulai mengambil kumpulan pertama pelajar Tingkatan Enam Rendah aliran sastera dengan jumlahnya sebanyak 50 orang.

1996
Pindah ke bangunan sekarang & bangunan tambahan
Berpindah ke bangunan yang ada sekarang. Mendapat satu lagi blok bangunan baru yang terdiri daripada tiga buah Makmal Sains, Pusat Sumber Sekolah, pejabat dan bilik pengetua.

2002
Satu sesi persekolahan & bangunan tambahan
Mendapat tiga blok bangunan baru yang terdiri daripada Pusat Sumber Sekolah Bilik Guru, dua buah Makmal Komputer, dua buah Bilik Ekonomi Rumah Tangga , Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup dan bilik-bilik Khas. Dengan siapnya bangunan ini, SMK Machang telah memulakan persekolahan satu sesi iaitu sesi pagi kesemuanya.

2003
Asrama baru
Asrama baru siap untuk diduduki.
