Profail
- Home
- Profail
Statistik Pelajar 2021
Visi, Misi, Moto & Slogan
Visi sekolah
Pendidikan berkualiti,
Insan terdidik,
negara sejahtera
Misi sekolah
Melastarikan sistem
pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Moto sekolah
Pengetahuan
suluh kehidupan
Slogan sekolah
Smkm
indah di persada
Falsafah Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Murid-murid di sekolah ini mempunyai kebolehan & potensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang dalam bidang intelek, emosi dan rohani. Dengan itu mereka mempunyai peluang yang luas untuk mengembangkan keempat-empat bidang tersebut. Kami sebagai pendidik mempunyai kemampuan profesional dan komitmen untuk memberi pendidikan yang bermutu dan sempurna kepada anak didik kami
Objektif Sekolah
Kecemerlangan
Meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik murid dalam PT3, SPM & STPM
Kemenjadian murid
Melahirkan murid yang beriman & bertaqwa, berilmu dan berketrampilan serta menguasai teknologi maklumat
Jati diri dan patriotisme murid
Melahirkan murid yang mempunyai jati diri, mengamalkan nilai-nilai murni, berilmu dan mempunyai semangat patriotisme yg kental sebagai warna negara Malaysia
Kompetensi & integriti
Mewujudkan kakitangan yang mempunyai kompetensi, integriti dan permuakatan yang utuh
Kepatuhan murid
Memantapkan kepatuhan murid kepada peraturan & disiplin sekolah supaya berada pada tahap 'zero defect'
Murid yang berketrampilan
Melahirkan murid yang sihat, cergas dan berketrampilan dalam bidang kokurikulum dan kepimpinan.
Iklim & budaya
Mewujudkan iklim & persekitaran sekolah yang bersih, indah, selamat, harmoni dan menyeronokkan
Profesionalisme guru
Memantapkan tahap profesionalisme guru khususnya dalam bidang pedogogi & pengurusan personaliti murid
Mesra Komuniti
Mewujudkan perhubungan dan kerjasama dengan komuniti setempat dan pihak-pihak lain yang berkatian.
Piagam Pelanggan
Hari Pertama Persekolahan
Memastikan murid dapat belajar pada hari pertama sesi persekolahan
Layanan Saksama
Memberi layanan yang sama kepada semua murid tanpa mengira kaum, agama dan bangsa
PdPc Berkesan dan terbaik
Memberi perkhidmatan terbaik dan berkesan dalam PdPc
Buku Teks Selesai Diagih
Memastikan semua buku teks diagihkan kepada murid yang layak menerimanya pada minggu pertama sesi persekolahan
Menerima Teguran
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandanagn, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan
Perkhidmatan Cekap
Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan maklumbalas yang segera kepada setiap pelangan yang berurusan dengan kami