Isnin 26 Julai 2021 SMK Machang telah mengadakan Majlis Persaraan Cikgu Mat Kamil B. Ahmad yang telah bersara wajib pada hari ini.
Majlis persaraan ini merupakan julung kalinya diadakan secara maya kerana PKP.
Mat Kamil B. Ahmad telah berkhidmat selama 14 tahun di SMK Machang setelah merantau ke pelbagai sekolah di seluruh negara sepanjang perkhdmatannya sebgai guru Matematik.
Dengan persaraan beliau, merupakan kehilangan besar kepada SMK Machang.
Pihak penyelaras laman web SMK Machang mengucapkan selamat bersara kepada Mat Kamil B. Ahmad dan terima kasih kepada segala bimbingan dan nasihat semasa sama-sama berkhidmat di SMK Machang.
Akhir kata, selamat maju jaya. Semoga sihat walafiat dan sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.