Kajian Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pbppp) 2015-2020
Kajian Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pbppp) 2015-2020
*Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,*
Untuk makluman YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) akan melaksanakan *Kajian Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 2015 – 2020* bermula *26 Julai sehingga 6 Ogos 2021 (2 minggu).*
Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap kefahaman *Pegawai Penilai (PP)* dan *Pegawai Yang Dinilai (PYD)* terhadap instrumen penilaian serta garis panduan PBPPP yang diguna pakai untuk menilai potensi dan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di KPM.
Selain itu, kajian ini juga turut mengukur tahap kefahaman *Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (JK PBPPP)* berhubung peranan JK PBPPP dalam pelaksanaan PBPPP di organisasi serta organisasi seliaan masing-masing. 2. Bagi memastikan pelaksanaan kajian ini berjalan lancar, BPSM ingin memohon kerjasama *Pegawai Penyelaras PBPPP* di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk memanjangkan soal selidik kajian kepada PP, PYD dan JK PBPPP selaku responden di organisasi dan organisasi seliaan masing-masing.
Semua responden yang terlibat perlu melengkapkan soal selidik kajian melalui platform Google Form yang telah dibangunkan oleh BPSM. 3.
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat arahan Kajian Pelaksanaan PBPPP 2015-2020 untuk perhatian dan makluman YBrs. Dr./ Tuan/ Puan. Surat arahan ini juga telah diemailkan kepada semua Pengarah/Setiausaha Bahagian di JPN dan Bahagian YBrs. Dr./ Tuan/ Puan pada *22 Julai 2021.* Namun, pihak kami telah mengambil maklum terdapat ralat teknikal pada pautan Google Form yang dilampirkan dalam emel/ surat arahan.
Oleh itu, dimohon pihak YBrs. Dr./ Tuan/ Puan untuk mengguna pakai pautan yang terkini seperti di bawah: *KAJIAN PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) 2015-2020
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan kajian ini, boleh diajukan kepada Encik Mohd Faizul Firdaus bin Mohd Zulkifli di talian 017-2077481.